Home » Set Kesuburan Lelaki Shaklee Bantu Masalah Azoospermia

Set Kesuburan Lelaki Shaklee Bantu Masalah Azoospermia

Azoospermia adalah suatu keadaan dimana air mani (semen) tidak mengandung sperma. Azoospermia tidak menunjukkan tanda atau gejala, oleh sebab itu sebaiknya lakukan pemeriksaan terhadap sperma (analisa sperma) pada pasangan yang belum mempunyai keturunan.

Ada juga masalah kesuburan lain yang dikenali sebagai Oligozoospermia yang merujuk kepada air mani dengan kepekatan yang sperma yang rendah  dan ini biasa dalam ketidaksuburan lelaki. Selalunya air mani dengan kepekatan sperma yang menurun juga boleh menunjukkan kecacatan ketara dalam morfologi dan pergerakan sperma.

Diagnosis oligozoospermia adalah berdasarkan pada  analisis yang dijalankan ke atas air mani sebanyak  dua kali. Bagi kepekatan sperma kurang daripada 20 juta sperma / ml dianggap rendah atau oligospermic. Bagaimanapun, WHO  menilai semula kriteria sperma, jika kurang daripada 15 juta sperma / ml, kepekatan sperma berubah-ubah dan oligospermia mungkin sementara atau kekal.

Sumber biasanya mengelaskan oligospermia dalam 3 kelas:

Ringan: kepekatan 10 juta-20 juta sperma / ml
Sederhana: kepekatan 5 juta-10 juta sperma / ml
Teruk: kepekatan kurang daripada 5 juta sperma / ml

set kesuburan lelaki

Salah satu kepakaran yang ada dalam group kami adalah dalam membantu menyelesaikan masalah kesuburan lelaki yang ada masalah sperma, samada dari segi kualiti (vitality) sperma tersebut, atau kuantiti (bilangan) sperma.

Alhamdulillah telah banyak kejayaan pengguna yang berikhtiar melalui approach Shaklee…..semuanya dengan izin ALLAH

Perihal nyawa ini sememangnya kita langsung tiada kuasa….namun dengan ikhtiar yang betul, inshaaALLAH semua situasi boleh dipulihkan dan kembali kepada keadaan optimum. Walau bagaimanapun ingin sekali lagi diingatkan, apa-apa saja perihal kesuburan tolong rujuk kepada doktor dulu

MUSTAHIL KAMI DAPAT BANTU ANDA TANPA ANDA RUJUK DOKTOR TERLEBIH DAHULU

Kerana semua masalah kesuburan adalah unik dan ia memerlukan approach yang berbeza. Untuk meningkatkan keberkesanan ikhtiar, anda perlu rujuk kepada doktor terlebih dahulu untuk mengetahui apakah masalah kesuburan yang anda hadapi.

Set kesuburan lelaki Shaklee yang terdiri daripada Zink Complex, COQ Health dan Vita E Complex ini dapat membantu kaum lelaki yang mengalamai Azoospermia ataupun Oligospermia. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi cara makan terbaik untuk mengoptimumkan kesan supplement yang diambil.Perlu diingatkan, semua ini adalah usaha yang memerlukan masa dan menuntut kesabaran. Disamping usaha fizikal, marilah kita turut berusaha dengan doa dan tawakal kepada Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>